#Hiburan: Saya Sudah Maafkan Suami, Tidak Mahu Ungkit Lagi – Mia Ahmad

Rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan juga penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi pernah dilanda badai dan ketika itu Mia masih lagi dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Sayf Issa.

Mengakui masih ada luka berbekas di dalam hati, Mia bagaimanapun enggan terus tenggelam dalam duka dan sudah memaafkan suaminya. Sebolehnya, beliau tidak mahu lagi mengungkit sebarang perkara mengenai pergolakkan rumah tangganya itu.

Ada yang menuduh saya ‘meroyan’ dan sengaja menyelak aib rumah tangga, tetapi suami tahu kenapa dan mengapa saya berbuat sedemikian. Orang luar hanya tahu cakap dan menuduh, tetapi mereka tidak berada dalam situasi saya.

Saya marah, malah jadi tidak rasional kerana dugaan itu berlaku ketika baru dua minggu melahirkan anak. Mujur saya tidak meroyan. Saya anggap ini sebagai sebahagian ujian awal dalam perkahwinan.

Apa yang penting, saya dan suami sudah melepasi detik sukar yang hampir menghancurkan kebahagiaan kami. Saya sudah memaafkan suami dan tidak mahu mengungkitnya lagi.

Mia pada masa yang sama menafikan dakwaan beliau sengaja ingin membuka aib suaminya dan menjaja kisah rumah tangga mereka.

Menurut Mia, beliau banyak meminta petunjuk daripada Allah SWT dan bermuhasabah diri kembali berfikiran secara matang ketika menghadapi dugaan. Ditanya soal kepercayaan, Mia bagaimanapun tidak ada jawapan buat masa ini.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments