Sebelum ini, isteri pelakon Ammar Alfian iaitu Nelisa Nezam mendedahkan bahawa lelaki itu curang kepadanya sedangkan dia sedang hamil enam bulan. Dia kemudiannya memohon maaf kerana mendedahkan perkara itu di Instagram kerana keadaannya yang hamil menyebabkan dia melakukan perkara yang kurang rasional.
Namun begitu, Nelissa berang apabila Ammar didakwa memutar belit permohonan maafnya dengan mendakwa pendedahan olehnya itu satu fitnah kepada satu media berbahasa Inggeris.
Dia kemudiannya memuat naik beberapa IG Story mendedahkan perbualan WhatsApp antara dia dan Ammar, antara lain menunjukkan Ammar mengaku seorang penipu dan mengaku kecuranganya.
Nelisa mendakwa tidak mempunyai masa dan tenaga untuk memfitnah suami sendiri sedangkan dirinya sedang hamil, apatah lagi orang ramai boleh menilai kerana Ammar juga mempunyai rekod pernah curang sebelum berkahwin.
Mendakwa dirinya sudah diperbodohkan selama tiga tahun, Nelisa meminta Ammar agar berhenti berlagak seperti seorang mangsa.
Ammar bagaimanapun belum memberi reaksi mengenai pendedahan terbaru itu, manakala bukti salinan WhatsApp yang dimuat naik oleh Nelisa juga sudah dipadamkan dari Instagram storiesnya. – beautifulnara.com
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments