Malaysia: PRK Sandakan peluang dari Allah beri amaran PH mungkir janji manifesto – Rahman Dahlan

Umno Sabah menganggap pilihan raya kecil (PRK) Sandakan sebagai peluang kurniaan Allah kepada pengundi bagi memberi amaran kepada kerajaan PH yang kononnya memungkiri janji manifesto PRU14.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan berkata, peluang itu tidak dinikmati oleh pengundi lain di Sabah.

“Hari ini, landasan kita adalah untuk memenangkan calon PBS yang melawan calon DAP. Kita mahu tuan-tuan dan puan-puan di luar sana, tuan-tuan mempunyai satu keajaiban, peluang yang cukup besar.

“Allah memberikan peluang kepada (pengundi) Sandakan, satu peluang besar yang tidak ada di Tuaran, Kota Belud, Tenom, Putatan atau Kinabatangan.

“Tuan-tuan telah dipilih oleh Allah yang telah bagi peluang kepada semua pengundi Sandakan untuk memberi amaran dan peringatan keras kepada kerajaan supaya tidak menipu dan ‘mengencingkan’ lagi rakyat Malaysia,” katanya seperti dilapor Malaysiakini semasa berceramah di Jambatan 3, Kampung Sim-Sim Sandakan, semalam.

Abdul Rahman juga meminta pengundi dari kalangan yang masih menyokong PH sebagai kerajaan pusat tidak risau untuk mengundi calon PBS Linda Tsen kerana menurutnya keputusan PRK itu tidak akan mengubahkan tampuk pemerintahan.

Bekas ahli parlimen Kota Belud itu juga menyeru pengundi bumiputera Sabah untuk menolak DAP sambil membidas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang disifatkannya sebagai mengambil nama atas projek peluasan landasan lapangan terbang Sandakan, sedangkan projek berkenaan diluluskan oleh kerajaan BN terdahulu.

PRK Sandakan akan menyaksikan pertembungan antara calon DAP Vivian Wong, calon PBS Linda Tsen, tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat and Chia Siew Yung.

Hari mengundi ditetapkan pada 11 Mei. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

The post PRK Sandakan peluang dari Allah beri amaran PH mungkir janji manifesto – Rahman Dahlan appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments