#Hiburan: Siapa Makan Buffet Ramadan, Jangan Meroyan Pasal Ekonomi – Maya Karin

Setiap tahun, hotel pasti menyajikan hidangan-hidangan terbaik di Buffet Ramadan untuk mereka yang berminat. Jumlah hidangan boleh mencapai ratusan, dan biasanya terdiri dari juadah-juadah biasa Aidilfitri, makanan tempatan dan kuih-muih tradisional.

Gambar: Instagram Maya Karin

Bagaimanapun, pelakon Maya Karin baru-baru ini menyatakan yang dia rasa bosan dengan harga Buffet Ramadan yang dianggap mengarut.

Dengan harga dari RM 150 – RM 200 untuk dewasa dan RM 100 untuk kanak-kanak, masih banyak syarikat yang membayar untuk pakej Buffet Ramadan staf mereka.

Bagi Maya pula, dia tidak akan makan di Buffet Ramadan hotel-hotel kerana prinsipnya.

RAmai Netizen menyokong Maya Karin, dan menganggap Buffet Ramadan ialah antara punca 33% lebih makanan dibazirkan di bulan puasa berbanding bulan-bulan lain.

Ada juga menganggap berbuka puasa dengan mewah melencong dari tujuan berpuasa di bulan Ramadan kerana ia sepatutnya untuk merasakan pengalaman golongan tidak berkemampuan bukannya dengan bermewah-mewahan.

Ada juga yang mengatakan orang ramai patut berhenti menganggap bulan Ramadan seperti satu festival. – beautifulnara.com


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments