#Informasi: 71 Tahun, Hari Nakba 1948. 'malapetaka 15 Mei Palestin'.

SEORANG wanita Palestin merenung nasib masa depannya di kem pelarian
SEORANG wanita Palestin merenung nasib masa depannya di kem pelarian Khan Yunis. AFP

BAITULMUQADDIS 14 Mei - Setiap tahun, sehari selepas Israel menyambut ‘hari kemerdekaan’, rak­yat Palestin bergenang air mata mengingati kembali peristiwa malapetaka 15 Mei yang dikenali sebagai Hari Nakba 1948.


Peristiwa itu mengubah se­pe­nuhnya kehidupan rakyat Pa­lestin selama tujuh dekad, men­jadikan mereka daripada go­longan yang hidup dalam keadaan aman dan selesa di ta­nah sendiri kepada pelarian serta terpaksa bergantung bantuan kemanusiaan bagi mendapatkan sumber makanan seharian.
Menurut wartawan Palestin dan juga aktivis keamanan, Ahmed Abu Artema dalam artikelnya The return of Palestinian refugees is quite possible...despite what Israel may claim menerusi al-Jazeera, setiap tahun, rakyat Palestin akan mengira berapa ramai warga emas yang menyak­sikan peristiwa Nakba masih hidup.
Jelasnya, meskipun bilangan warga emas menurun setiap tahun tetapi memori tentang apa yang berlaku tujuh dekad lalu masih kekal segar.
Ahmed menulis, kunci rumah generasi lama yang diusir rejim Zionis diserahkan turun-temurun kepada generasi muda, ketika rakyat Palestin bergelut untuk membawa pulang kesemua pelarian.
FITNAH JAHAT ZIONIS
Dalam pada masa yang sama, Israel terus melakukan apa sahaja untuk tidak mematuhi undang-undang antarabangsa dan melaksanakan resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menetapkan hak kepulangan semula semua rak­yat Palestin ke tanah air mereka.
Rejim Zionis memenjarakan berjuta rakyat Palestin di se­ba­lik tembok di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta mengekalkan minoriti penduduk Palestin dalam lingku­ngan kawasan sempadannya.
Israel juga menyebarkan pro­paganda dongeng dan dakwaan palsu bagi mengaburi undang-undang antarabangsa dan meneruskan pembunuhan rakyat Palestin dengan mendakwa Pa­les­tin merupakan sebuah negara yang tanahnya tidak berpenghuni atau pemilik.
Namun menurut bancian yang dijalankan oleh Britain sejurus selepas mereka menjajah Palestin pada 1920, menunjukkan negara itu mempunyai lebih 750,000 populasi penduduk dan 11 peratus daripadanya adalah golongan Yahudi.
Israel mendakwa rakyat Pa­les­tin meninggalkan tanah me­reka ‘secara sukarela’ pada 1948.
KAWASAN pembuangan logam menjadi lokasi permainan kanak-kanak
KAWASAN pembuangan logam menjadi lokasi permainan kanak-kanak Palestin di Gaza. – AF 

PENGHAPUSAN ETNIK
Ahmed yang memetik kajian sejarawan Israel seperti Ilan Pappe yang membuktikan wujudnya penghapusan etnik Pa­les­tin dan dirancang dengan teliti oleh pemimpin Zionis.
Arahan jelas telah diberikan kepada pasukan militia Yahudi untuk menggunakan kekerasan, mengebom kampung-kampung, membakar dan merobohkan kawasan kediaman serta memasang jerangkap samar pada rumah-rumah bagi mengusir rakyat Palestin dan menghalang kepulangan mereka.
Kempen penghapusan etnik secara besar-besaran berterusan selama lebih tujuh bulan dan menyaksikan seramai 800,000 rakyat Palestin diusir ke negara berdekatan, 531 kampung dimusnahkan dan berlakunya penurunan jumlah penduduk di 11 kawasan kejiranan.
Bagi Pappe, ini merupakan jenayah terhadap kemanusiaan.
Ahmed menambah, perjua­ngan Palestin adalah menentang pencerobohan dan dasar aparteid Israel, bukannya untuk penindasan serta penghapusan etnik Yahudi.
BANTUAN MAKANAN TERJEJAS
Dalam perkembangan berlainan, Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) meluahkan kebimbangan sekiranya dana sebanyak AS$60 juta (RM250 juta) gagal diperoleh menjelang Jun, kemampuannya untuk terus menyediakan bantuan makanan kepada lebih sejuta pelarian Palestin di Gaza akan berdepan cabaran.
“Ketika umat Islam seluruh dunia bergembira dengan kemeriahan suasana berbuka puasa, berbeza ceritanya di Gaza apabila lebih separuh daripada populasinya bergantung kepada bantuan makanan daripada komuniti antarabangsa,” jelas UNRWA dalam satu kenyataan dikeluarkan seperti dipetik oleh agensi berita Ma’an.
UNRWA dibiayai hampir sepenuhnya menerusi sumbangan orang ramai. (IH)

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments