#Hiburan: Nak Tangkap Gambar Cun? Tak Perlu Guna DSLR, Huawei P30 Series Lebih Gempak

Teringin hendak jadi ‘pro’ dalam bidang fotografi? Nak tangkap gambar cun dan mendapat perhatian ramai? Tetapi, bila fikir balik, kalau nak hasil yang cantik kena keluarkan modal untuk beli DSLR dan lensa yang berkualiti. Modal yang hendak dikeluarkan juga bukan biasa-biasa, boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi dunia telefon pintar menyebabkan kamera DSLR bukan lagi medium utama untuk megambil gambar cantik. Lagipun, penggunaan telefon pintar lebih mudah. Lepas ambil gambar, boleh terus kongsikan di media sosial.

1

Dengan menggunakan HUAWEI P30 yang mempunyai tetapan ‘PRO’, gambar anda pasti akan lebih menarik, persis gambar yang diambil jurugambar profesional.
Jom kita lihat antara foto yang diambil menggunakan Huawei P30 dengan tetapan ‘PRO’. Memang cun dan gempak habis.

a) Foto: Abeden Mung

2

ISO 50 | Shutter Speed 1/3236 sec | f/1.6 | 6 mm

b) Foto: Amsyar Naaif

3

ISO 640 | Shutter Speed 6 sec | f/1.6 | 6 mm

c) Foto: Sanjitpaal Singh

4

ISO 500 | Shutter Speed 1/25 sec | f/2.2 | 2 mm

d) Foto: Zarnizar

5

ISO 64 | Shutter Speed 1/120 sec | f/3.4 | 14 mm

Siapa sangka, dengan hanya menggunakan telefon pintar, boleh dapat hasil menawan macam ini.

Cara Aktifkan Mod PRO

Pertama, hidupkan kamera Huawei P30 dan slide ke kiri sehingga anda melihat mod ‘PRO’. Kemudian, anda akan mendapati beberapa nombor dengan penunjuk di atasnya. Ini sebenarnya adalah fungsi yang sama seperti tetapan asas di dalam kamera DSLR.

6

Setiapnya mempunyai ciri-ciri berbeza untuk menghasilkan gambar yang terbaik.

ISO – Sensitivity

ISO merupakan kemampuan ataupun sensitiviti yang dimiliki oleh kamera dalam menangkap sebuah cahaya. Semakin tinggi tetapan ISO maka semakin sensitif sensor kamera terhadap cahaya.

7

Contohnya, kita boleh sesuaikan nilai angka untuk meningkatkan kecerahan semasa mengambil gambar pada waktu malam.

S-Shutter Speed

8

Shutter speed adalah kiraan atau kelajuan sensor kamera. Digunakan untuk mengambil gambar objek bergerak seperti kereta, awan bergerak, air mengalir dan lain-lain.

EV- Exposure

Exposure ataupun pendedahan cahaya yang terlalu tinggi boleh menyebabkan gambar menjadi terlalu cerah.

9

Oleh itu, fungsi yang ada dalam Huawei P30 Mod PRO dapat membantu anda menetapkan nilai pencahayaan yang bersesuaian ketika mengambil foto dibawah sinaran matahari.

AF – Auto Focus

Memang rasa menyampah dan geram betul bila gambar yang kita ambil nampak ‘blur’.

10

Untuk dapatkan gambar yang lebih jelas, gunakan fungsi Auto Focus. Kalau mahukan gambar yang lebih tajam (sharp), boleh pilih mod Manual Focus.

AWB – Auto White Balance

Auto white balance menentukan keseimbangan warna pada foto yang akan dihasilkan.

11

Huawei P30 Series mempunyai fungsi untuk AWB. Anda akan melihat pelbagai simbol cuaca untuk tujuan yang berbeza. Apabila anda klik pada simbol yang anda inginkan, pencahayaan akan diselaraskan secara automatik.

11

Terdapat tiga pilihan tetapan terbaik untuk dipilih berdasarkan keperluan fotografi anda!
Kami ada tips mudah untuk menyesuaikan ISO dan Shutter Speed ketika mengambil gambar.

12

Laraskan ISO dan Shutter Speed secara manual dapat menangkap foto yang anda inginkan berdasarkan setting kamera anda. Berikut adalah tips mudah untuk mendapatkan foto lebih cerah ataupun gelap.

13

14

Huawei P30 dijual pada harga RM2699 dan Huawei P30 Pro pula dijual pada harga RM3799. Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, HUAWEI Online Official ada tawaran menarik untuk anda.

16

Sekiranya anda membeli P30 Series di atas talian, anda berpeluang untuk mendapat Wireless Charging Case dan juga HUAWEI Wireless Charger. Untuk Huawei P30 Pro pula dilengkapi dengan HUAWEI Talkband B5 bernilai RM599.

Bukan itu sahaja, untuk pembelian melebihi RM1,500, anda layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan pulang ke Tokyo, Jepun! Memang best kalau dapat percutian percuma kan?

07b95be1-4d61-468c-995b-c148bb2dece5

Jadi apa anda tunggu lagi, jom dapatkan telefon pintar Huawei P30 Series dan P30 Pro. Bolehlah abadikan kenangan terindah pada hari raya nanti bersama keluarga dengan gambar-gambar yang cantik. Maklumat lanjut layari laman rasmi Huawei .


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments