#Hiburan: Saya Akan Teruskan Hidup Tanpa Aliff – Bella Astillah

Berita penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kantoi curang sekali lagi bersama seorang remaja perempuan cukup hangat diperkatakan sejak pagi tadi. Ramai yang tertunggu apa paula reaksi isterinya, Bella Astillah.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan dan kata-kata netizen yang menasihatinya untuk tidak terus menyakiti diri, Bella akhirnya tampil membuat kenyataan menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi luahan hati Bella, dia mengakui apa yang berlaku adalah satu ujian yang berat. Kini, hatinya sudah nekad untuk meneruskan kehidupannya tanpa Aliff. Adakah ini bermakna mereka bakal berpisah tidak lama lagi?

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Bella dan berdoa agar beliau terus tabah menempuhi dugaan ini. Mereka harap satu hari nanti Bella akan bertemu kebahagiaan lain.

Sudah cukup lama beliau bersabar tetapi dicurangi berkali-kali, hati mana yang tidak terluka kan? Kita doakan yang terbaik buat Bella dan anaknya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments