Perbicaraan saman keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu. – Foto Sinar Harian
Asisten Superintendan (ASP) Ahmad Abu Bakar memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini beliau mengambil sampel tulisan tangan penganalisis politik Abdul Razak Baginda ketika menyiasat kematian model Mongolia Altantuya pada 2006.
Abdul Razak yang ketika itu ditahan di Bukit Aman, diminta menuliskan beberapa perkataan termasuklah Amina, Hotel Malaya, Jalan Hang Lekir dan alamat rumahnya.
Ini dibuat berdasarkan sekeping kertas yang disita oleh ASP Zulkarnain, kata Ahmad yang memakai seragam PDRM memberitahu mahkamah.
KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang menganggap Altantuya hanya kes pembunuhan biasa?
Ahmad merupakan saksi ke-10 saman RM100 juta yang difailkan keluarga mendiang Altantuya terhadap Abdul Razak, kerajaan Malaysia serta dua bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.
Menurut laporan Malaysiakini, ketika perbicaraan kes jenayah pembunuhan Altantuya pada 2017, ahli kimia Wong Kong Yong mengesahkan sehelai nota yang dijumpai di dalam beg Azilah Hadri yang ditulis oleh Abdul Razak.
Bagaimanapun, mahkamah hari ini tidak diberitahu sekiranya salinan faks nota berkenaan yang didapatkan Ahmad daripada Zulkarnain merupakan nota yang disita daripada Azilah.
Semalam, saksi Siti Aisyah, setiausaha kepada Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa majikannya memberitahu beliau tidak menyuruh Azilah untuk membunuh Amina (Altantuya) tetapi cuma meminta Azilah melindungi rumah dan keluarganya.
Altantuya dipercayai dibunuh di kawasan pinggir Shah Alam pada 19 Oktober 2006 dengan mayatnya diledakkan menggunakan bahan letupan gred tentera.
Kedua-dua Sirul dan Azilah pada masa kejadian merupakan pengawal peribadi kepada timbalan perdana menteri ketika itu Najib Razak.
Sirul dan Azilah disabitkan kesalahan membunuh Altantuya, manakala Abdul Razak dibebaskan.
Pendengaran kes hari ini didengar di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan akan bersambung esok pada 15 Mei 2019. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang menganggap Altantuya hanya kes pembunuhan biasa?
KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor
KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan
KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB
KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
The post Polis ambil contoh tulisan tangan Razak Baginda appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments