Kali pertama menyambut Ramadhan bersama suami tercinta, Faris K Anuar, pastinya pelakon Elfira Loy cukup teruja. Baru-baru ini, menerusi Insta Story Elfira berkongsi video suaminya membantu memasak di dapur.
Bagaimanapun, kapsyen Elfira “I dont know how to siang ikan” telah mendapat perhatian dan dikritik oleh netizen. Mereka mempertikaikan kemahiran pelakon itu dalam bab memasak.
Menjawab kecaman tersebut, Elfira berkata perkara itu sepatutnya tidak perlu diperbesarkan. Netizen terlalu gemar mencari kesalahan orang lain.
Itu bukan sesuatu isu yang besar pun tapi anda kenal netizen. Mereka suka bila anda tak tahu sesuatu daripada anda tahu semuanya. Kalau hari itu saya tak tahu, tiba-tiba hari ini saya dah tahu, anda ingat mereka nak kisah? Tidak.
Lebih baik saya tidak berdebat atau melakukan apa-apa dengan orang macam tu sebab dia akan merosakkan minda dan perangai kita.
Dalam pada itu, Elfira turut menjelaskan segala persoalan tentang kemahiran beliau untuk menyiang ikan. Bukannya tidak pandai, tetapi Elfira tidak pernah tahu cara untuk menyiang ikan kerana ia dilakukan oleh pekerja di kedai ketika membeli ikan.
Saya tidak cakap yang saya tidak pandai, saya cuma kata tidak tahu sebab tidak pernah tahu. Selalunya kedai yang siangkan. Kenapa ada beza ke kedai siang dengan kita siang? Kejap lagi nak cuba gorenglah ada beza ke tak. Tak pandai jaga mulut tu ada beza.
Biasalah, pada awal perkahwinan mungkin ada yang terkurang dan tidak sempurna. Perlahan-lahan Elfira akan belajar, tidak mustahil satu hari nanti dia lebih handal memasak dan buat kerja dapur berbanding mereka yang kecam itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments