Walaupun sudah tiga kali kantoi berlaku curang, Aliff Aziz, 28, tidak disangka-sangka, nampak sedih selepas bercerai dengan bekas isterinya, Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25. Malah, dia kelihatan lebih sedih dan mengalirkan air mata berbanding Bella yang kelihatan kuat dan tenang usai proses perceraian.
mStar Online melaporkan, Aliff berkata dia menganggap semua yang terjadi sebagai petunjuk dari Allah SWT untuk dia memperbaiki dirinya:
Sejujurnya saya hilang kata-kata dan sebagai manusia biasa saya anggap ini petunjuk daripada Allah untuk saya perbaiki diri.
Dia seterusnya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.
Saya tak mahu komen lebih-lebih, sekarang ini saya cuma nak perbaiki diri… itu nasihat terakhir Bella dan selebihnya saya Sekarang ini nak fokus perbaiki diri, benda pun dah jadi. Saya anggap ini teguran keras daripada Allah dan minta semua mendoakan yang terbaik untuk kami.
Dia juga mengakui Bella telah banyak berkorban untuk dirinya, dan masih belum dapat memahami mengapa dia begitu sedih.
Saya minta maaf kepada Bella dan keluarga, apa yang jadi tadi saya masih tak dapat nak hadam lagi.
Bella terlalu banyak berkorban dari hari pertama kami kenal, dia jaga pakai, makan, kerja dan lahirkan anak.
Dia juga mengakui masih sayangkan bekasi isterinya itu, namun merasakan dia tidak layak untuk memberi ganjaran buat Bella.
Sejujurnya saya masih sayangkan dia tapi biarlah Allah berikan ganjaran padanya. Tiada orang yang mampu sabar seperti Bella dan mungkin Allah nak tunjukkan pada saya.
Bella memfailkan permohonan cerai pada 21 Mac dan mereka vercerai pada 16 Mei, susulan tersebarnya gambar mesra Aliff dengan seorang pengguna Istagram bersama Nismell. Ketika ditanya, Aliff bagaimanapun enggan mengulas mengenai gadis itu. – beautifulnara.com via mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments