#Hiburan: Video Nakal Tersebar Lagi, Zaquan Adha Enggan Beri Komen

Beberapa hari lalu, tersebar lagi video aksi ghairah lelaki mirip Zaquan. Video tersebut mendapat perhatian ramai di Twitter dan mereka tertanya adakah benar individu tersebut adalah Zaquan? Mungkinkah ia video peribadi beliau yang dibocorkan oleh pihak tidak bertanggungjawab?

Bagaimanapun, Zaquan enggan memberikan penjelasan mengenai video kontroversi itu.

Maaf. Saya tidak perlu perjelaskan apa-apa, cukup sekadar famili saya sahaja yang tahu apa yang terjadi.

Terdahulu, sekitar tahun lalu, video nakal lelaki mirip pemain bola sepak Zaquan Adha viral di media sosial. Namun, isterinya, pelakon Ayu Raudhah mengatakan ia sebenarnya video peribadi untuk tatapan mereka suami isteri sahaja dan tersebar selepas menghantar telefon bimbit untuk dibaiki.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments