Najib Razak bakal dipenjarakan atas tuduhan rasuah, gubah wang haram dan salahguna kuasa maka tidak perlu debat dengan Menteri Pertahanan Mat Sabu. – Foto NST
Bekas Perdana Menteri Najib Razak akan dipenjara tidak lama lagi maka tidak perlu berdebat dengan Mohamad Sabu, kata Amin Iskandar yang merupakan setiausaha akhbar menteri pertahanan itu.
Amin Iskandar berkata, pemimpin Pakatan Harapan tidak perlu membuang masa dan Najib sepatutnya menumpukan kes yang dihadapi di mahkamah dan bukannya berdebat.
“Najib kini berdepan dengan banyak kes mahkamah berkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Biarlah Najib fokus terhadap kes mahkamah dihadapinya dan bermain dengan media sosial yang menjadi kegemaran terbarunya.
“Lagipun tidak lama lagi Najib akan ‘berehat’ dengan lama dalam penjara. Biarlah Najib terus ketawa sebelum masuk penjara,” katanya dalam kenyataan yang merujuk cadangan Najib agar Mat Sabu menggantikan Lim Kit Siang untuk berdebat dengannya.
Dalam satu hantaran di Facebook semalam, Najib berkata Mohamad dapat menggantikan Lim.
“Kalau masih bertegas (mahu berdebat), Lim patut arahkan Mat Sabu untuk ganti tempat dia. Setahu saya Mat Sabu orang Melayu,” kata Najib.
Najib merujuk kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang menyifatkan keputusan Lim menarik diri sebagai “langkah bijak” kerana ia boleh mengelakkan ketegangan kaum. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang menganggap Altantuya hanya kes pembunuhan biasa?
KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor
KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan
KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB
KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
The post Mat Sabu tak payah debat Najib akan ke penjara appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments