Hadir ke pesta jualan popular Mood Republik di Kelantan dengan berpakaian seperti wanita lengkap bertudung, usahawan kosmetik Nur Sajat sekali lagi mencetuskan kontroversi.
Rata-rata netizen mengecam penampilan Sajat itu seakan mempermainkan agama dan langsung tidak menghormati bulan Ramadhan. Malah, perkara ini turut mendapat perhatian Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan. Amanah mahu kerajaan negeri mengeluarkan saman ke atas Sajat. Mereka juga mendesak PAS supaya menghalang Sajat datang ke Kelantan lagi.
Tindakan itu harus dibuat kerana apa yang dilakukan oleh Sajat jelas bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.
Menurutnya, sebelum ini kerajaan negeri Kelantan begitu lantang menolak LGBT tetapi dalam isu Sajat tiada sebarang tindakan tegas diambil.
Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan ‘gam’ usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini. Sebelum ini saya lihat Kerajaan Pas Kelantan cukup lantang menolak LGBT, namun bila melihat isu Nur Sajat tiada sebarang tindakan diambil.
Mungkin tindakan ini wajar diambil bagi membanteras golongan LGBT ini. Apa pula komen anda mengenai isu ini?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments