#Hiburan: Tidak Berbaloi Bertahan, Suami Tetap Curang Berkali-Kali – Netizen Nasihat Bella Astillah

Sekali lagi kita digemparkan dengan berita penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang kantoi curang. Kali ini, dia didakwa menjalin hubungan dengan seorang remaja perempuan yang baru sahaja berusia 17 tahun. Foto intim mereka dibongkarkan oleh seorang individu menerusi akaun Twitter.

Apabila kontroversi hangat ini mula viral, rata-rata netizen mula memikirkan pula isteri Aliff iaitu Bella Astillah  yang sebelumi ini tetap memaafkan suaminya itu dan mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Tidak dinafikan, sebelum ini netizen muak dengan tindakan Bella yang hanya meluahkan perasaan mengenai suaminya, tetapi mereka sebenarnya masih lagi simpati dengan nasib Bella dan menasihati wanita itu untuk berhenti menyakiti dirinya.

Untuk apa terus mempertahankan lagi hubungannya dengan Aliff sedangkan suaminya itu tetap berlaku curang. Bella berhak untuk mendapatkan seorang yang lebih baik. Jangan terus hidup dalam derita.

Buat masa ini, Bella masih belum mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kecurangan suaminya. Sama-sama kita nantikan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments