Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan. – Foto NSTP
Keluarga pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil yang dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan pada 15 Mei lalu dilapor Harian Metro tidak berputus asa dan terus berharap hukumannya ditangguhkan supaya dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Adiknya yang juga pelakon, Fadzil Zahari, 36, berkata, keluarganya masih dalam terkejut dengan keputusan itu.
Fadzil berkata, peguam Farid, Megat Syazlee Mokhtarom sedang melakukan yang terbaik memohon hukuman itu ditangguhkan.
“Ibu dan bapa amat bersedih, tetapi mereka sentiasa berdoa supaya ada keajaiban berlaku dalam tempoh kurang dua minggu sebelum Aidilfitri.
“Ada juga dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat turut mengadakan solat hajat untuk Farid” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Fadzil berkata, abangnya Farid kini kelihatan lebih tenang dan reda.
“Saya ada menemani kakak ipar, Datin Diana Danielle melawatnya di penjara Kajang. Alhamdulillah dia lebih tenang dan kuat berdepan dengan dugaan ini. Ia berbeza ketika kali pertama dimasukkan ke lokap dulu,” katanya.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan Farid menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan dan berada bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun atas kesalahan dadah. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Jason Lo nafi cabul anak, tuduh isteri cuci otak, polis siasat semula
KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat keluarga diraja Johor
KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB
KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang anggap Altantuya kes bunuh biasa?
The post Keluarga mohon tangguh hukuman Farid Kamil, sambut raya bersama appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments