#Hiburan: Beri Saya Ruang Untuk Selamatkan Perkahwinan Saya – Ammar Alfian

Pelakon Ammar Alfian kini menjadi perhatian media dan Netizen setelah isterinya, Nelisa Nezam mendedahkan kecurangannya saat wanita itu hamil enam bulan dengan seorang wanita yang tidak dikenal pasti identitinya.

Belum pun reda kesam pendedahan itu, sekali lagi Nelisa mendedahkan bahawa dia tidak menipu seperti dakwaan Ammar kepada satu media bahasa Inggeris kononnya semuanya hanya fitnah dan Nelisa sudah meminta maaf kepadanya.

Nelisa seterusnya mendedahkan perbualan WhatsApp antara dia dan Ammar di mana Ammar mengakui dia curang dan seorang penipu.

Sejam lepas, Ammar telah memuat naik satu kenyataan, memberitahu ia penjelasan terakhir yang akan dia buat mengenai kemelut rumahtangganya.

Ammar Alfian dan Nelisa Nezam yang merupakan seorang model melangsungkan perkahwinan  pada tahun 2016. – beautifulnara.com


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments