#Hiburan: Selepas Lama Berkawan, Syafiq Kyle Akui Mimi Lana Teman Istimewa

Sejak berlakon dalam drama Nur dan Nur 2, populariti Syafiq Kyle semakin meningkat dan kini merupakan antara hero drama terlaris di pasaran. Namun begitu masih belum terdengar lagi Syafiq digosipkan dengan mana-mana pelakon wanita sejak dia menceburi bidang lakonan.

Namun kini, kepada Harian Metro, Syafiq mengakui dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Mimi Lana dan hubungan mereka sudah berlangsung agak lama:

Dia teman istimewa saya. Memang kami sudah lama berkawan tapi saya tidak mahu menjaja kisah cinta kepada peminat.

Saya bukannya mahu bermain teka-teki kerana ramai juga yang sudah tahu mengenai hubungan ini dan pernah nampak kami keluar berdua sebelum ini.

Namun, kami putuskan tidak mahu terlalu menunjuk pada orang mengenai hubungan ini kerana bukan kewajipan untuk beritahu hubungan pada semua orang.

 

Walau bagaimanapun, Syafiq berkata masih belum ada perancangan dari pihaknya untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya dalam tempoh terdekat walaupun ahli keluarga masing-masing tahu mereka bercinta:

Namun, saya belum berani untuk memberitahu hubungan kami serius untuk ke fasa seterusnya selagi belum membawa Mimi bertemu keluarga.

Buat masa ini, saya masih belum puas dengan pencapaian dalam karier seni.

Begitu juga dengan Mimi, dia juga ada yang mahu dikecapi dalam kariernya.

Sebelum ini ada pihak yang mendakwa Mimi Lana sering ‘memberi bayangan’ bahawa dia ialah teman istimewa Syafiq dan tertanya-tanya bilakan Syafiq akan mengakuinya. Mimi Lana pernah memuat naik gambar dan video dirinya menyambut hari ulangtahun kelahiran Syafiq bersama ahli keluarga pelakon itu.

Segala persoalan peminat kini telah terjawab. – beautifulnara.com

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments