Tidak pernah mengiyakan rumahtangga yang dibinanya bersama Noor Nabila mengalami masalah, Sharnaaz Ahmad memaklumkan yang dia dan isteri kini sedang menjalani proses pemulihan. Untuk makluman, Sharnaaz dan Nabila telah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Jebat pada 30 Ogos 2018. Desas-desus keretakan rumahtangga mereka telah bertiup kencang sejak Februari lalu, namun masing-masing mengambil sikap berdiam diri apabila ditanya tentang perkara tersebut.
Apa yang penting kini Sharnaaz dan Nabila kedua-duanya sedang cuba memperbaiki hubungan sesama sendiri, lebih-lebih lagi dengan ujian yang menimpa terhadap anak mereka. Jebat mengalami sakit jangkitan saluran kencing dan kini sedang menjalani rawatan hospital. Keadaan Jebat ini sedikit sebanyak telah menjadi pengikat kepada hubungan suami isteri ini.
Kata Sharnaaz:-
Saya tidak pernah mengiyakan yang rumah tangga saya mengalami masalah. Tapi apa yang boleh saya katakan, kami sedang melalui proses pemulihan. Namun keutamaan sekarang adalah anak saya iaitu Jebat yang kini sedang melalui proses rawatan di hospital akibat penyakit jangkitan saluran kencing.
Allah dah susun semuanya. Mungkin ini (masalah kesihatan Jebat) adalah pengikat hubungan kami. Tetapi, kita tidak tahu kesudahannya nanti
Demi masa depan anak, tolak ketepi kesemua pergaduhan. Benda boleh bincang, buat apa nak bermasam muka kan? Biasalah dalam perkahwinan memang akan ada perselisihan faham. Tolak ke tepi ego masing-masing untuk sama-sama mencari kebahagiaan. Sumber Kosmo.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments