#Hiburan: Suami Ingin Cepat Dapat Bayi, Doa Fasha Sandha Dimakbulkan Tuhan

Usia perkahwinan masih baru tetapi rezeki Allah itu memang ada buat mereka yang berusaha. Begitulah dengan Fasha Sandha yang baru berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz.

Fasha menulis di Instagram memberitahu yang dia kini hamil dan walaupun masih awal untuk berkongsi kehamilannya, dia reda apa bakal berlaku dan berdoa kandungannya selamat sehingga kelahirannya.:

Syukur Alhamdulillah.

Kali kedua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami).

Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha.  Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.

Rupanya, ada yang menghantar mesej kepada Fasha Sanda untuk mendapatkan tips mudah hamil. Fasha  menambah:

Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM minta kekuatan selepas perceraian.

Saya ingin kongsi pada semua,  jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. It’s Miracle.

Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dah 2-3 orang anak. “Oh.. dia nak minta baby cepat.”

Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.

Dia menambah, mereka yang telah lama berkahwin dan masih menunggu kedatangan bayi untuk tukar dan menambah ayat dalam doa:

Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada-Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui.

Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali kedua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba-tiba je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama-sama tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.

Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. kenangan manis. Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita) Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan ,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur.

Apapun, pasti ramai yang tidak sabar menantikan kelahiran bayi Fasha memandangkan si isteri cantik jelita manakala suaminya pula kacak orangnya.

Bersama kita doakan kelahiran anak ketiga Fasha yang sudah tiga minggu dalam kandungan  ini selamat dan semoga mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapanya. Amin. – beautifulnara.com


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments