#Hiburan: Dakwa Dirinya Difitnah, Linda Rafar Tuntut Doktor Bayar Pampasan RM 4 Juta

Nampaknya kontroversi saman antara Linda Rafar mengenai isu jururawat belum lagi selesai.

Umum mengetahui, sebelum ini Linda telah memuat naik permohonan maaf kepada semua pihak atas tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman 100 netizen. Katanya, pada bulan Ramadhan yang mulia, beliau tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut dan pada masa yang sama turut memaafkan mereka yang mengecam dirinya sebelum ini.

Namun, seorang doktor popular Dr Rusyainie Ramli mendedahkan permohonan maaf itu dibuat kerana pihak terbabit sudah kalah saman.

Disebabkan perkara itu, Linda kini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Rusyainie dan menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM 4 juta. Menurut Linda, Dr Rusyainie telah melemparkan fitnah melalui Facebook sehingga dirinya kembali dikecam.

Ekoran penulisan itu juga, Linda mendakwa telah menerima persepsi negatif daripada masyarakat meskipun apa yang disebarkan itu tidak benar.

Selain Dr Rusyainie, Linda  telah menghantar tiga pucuk surat tuntutan yang serupa kepada tiga pihak lagi untuk menuntut pampasan sebanyak RM1.5 juta. Keempat-empat individu yang didakwa telah mencalarkan imej selebriti tersebut telah diberi tempoh tujuh hari untuk maklum balas sebelum tindakan undang-undang diteruskan terhadap mereka.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Utusan Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments