#Hiburan: Anak Yatim Datang Pukul 4, Vip Pukul 6, Siapa Raikan Siapa? – Sufian Suhaimi

Tiba sahaja bulan Ramadhan, ramai orang terutama sekali golongan kenamaan akan berebut- rebut untuk meraikan anak- anak yatim dalam majlis berbuka puasa. Namun, timbul persoalan serta perbincangan adakah benar mereka diraikan?

Isu ini turut mendapat perhatian penyanyi popular Sufian Suhaimi, katanya apa sebenarnya nilai anak- anak yatim dalam majlis seperti itu dimana mereka hadir lebih awal tetapi VIP tiba lewat. Seakan anak yatim pula meraikan golongan tersebut.

Makanan yang dihidang juga jurangnya jauh berbeza. VIP duduk selesa di meja barisan hadapan, lauk sedia terhidang tetapi anak-anak yatim diletakkan di meja belakang dan perlu beratur untuk mengambil makanan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat penyanyi itu. Sepatutnya kehadiran anak-anak yatim perlu disambut. Layanan istimewa harus diberikan kepada mereka dan bukannya VIP.

Bukan ingin mengkritik mana-mana pihak, tetapi sejujurnya inilah realiti yang berlaku. Harapnya apa yang disuarakan oleh Sufian ini membuka mata orang ramai di luar sana tentang maksud sebenar meraikan anak-anak yatim.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments