#Informasi: Isu Pecat 25 Imam, Kereta Mufti Perlis Dibakar. Ini Pembakar Diberkas.


Dalam kejadian pada 22 Mac lalu, kereta rasmi jenis Honda Accord kegunaan Mohd Asri dibakar pada bahagian bonet selain cermin turut dipecahkan dipercayai perbuatan khianat.  

Lelaki bakar kereta Mufti Perlis diberkas, Mee Tomoi diburu



KANGAR 19 Mei - Setelah hampir dua bulan melarikan diri, seorang lelaki yang disyaki bertanggungjawab membakar kereta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada Mac lalu, akhirnya diberkas polis di sebuah rumah di Kampung Jelempok, Arau dekat sini, semalam.
Tangkapan hasil maklumat awam dan risikan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, kira-kira pukul 2.45 pagi.
Berdasarkan pemeriksaan, lelaki berusia 36 tahun itu dan tidak bekerja mempunyai empat rekod jenayah lampau.
Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku terlibat membakar kereta Mohd. Asri bersama seorang lagi lelaki setelah diupah dengan bayaran RM500.
Katanya, sehubungan itu, polis memburu suspek tersebut dikenali sebagai Mee Tomoi dan individu yang mengupah kedua-dua mereka.
“Lelaki yang ditahan ini mengaku melakukan perbuatan itu (membakar kereta Mufti Perlis) kerana bermotifkan isu pemecatan imam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 22 Mac lalu, kereta rasmi Mohd. Asri iaitu jenis Honda Accord rosak setelah disyaki dibakar oleh pihak tertentu semasa diletakkan di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini pada pukul 5.45 pagi.
Berikutan itu, bahagian enjin kereta Honda Accord berwarna hitam tersebut terbakar sepenuhnya. Turut terbakar, tayar hadapan sebelah kiri kenderaan tersebut manakala cermin belakang dan depan turut pecah.
Pada Januari lalu, penduduk negeri ini dikejutkan dengan isu pemecatan 25 orang imam kariah manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke tempat lain tanpa alasan.
Isu tersebut terbongkar melalui sekeping surat dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis JHEAIPs) yang tular di laman-laman sosial. - UTUSAN ONLINE

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments