Bella ketika dihubungi pihak media berkata, dia sendiri tidak pasti apakah maksud disebalik status Aliff itu. Buat masa ini, dia enggan memberikan sebarang komen mengenai kontroversi rumah tangganya lagi. Belum tentu status itu ditujukan kepada dirinya.
Saya tidak mahu komen kerana ia melibatkan banyak hati. Lagi pula status itu tidak tahu ditujukan kepada siapa. Kami baru bercerai dan saya pula sudah mula fokus bekerja. Saya tidak mahu orang cakap saya tak henti-henti keluar kenyataan.
Saya fokus untuk membesarkan anak sahaja. Apa-apa pun orang nak cakap, saya Cuma harap doakan sahaja yang baik-baik dengan jalan yang kami pilih.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei lalu selepas beberapa kali Aliff kantoi curang.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments