#Informasi: X Tahu Aktiviti Balak Di Gerik Diluluskan. Betul Atau Pura-pura Bengong?




PETALING JAYA – Exco Perak yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar mendedahkan dia tidak tahu bagaimana pembalakan berdekatan penempatan Orang Asli di Gerik diluluskan, susulan aduan daripada penduduk mendakwa kerajaan negeri menceroboh kawasan mereka.
Prof Abdul Aziz Bari berkata dia maklum tentang aduan terhadap pembalakan berdekatan Kampung Tasik Cunex, tetapi kelulusan balak bukan dalam bidang kuasanya.
“Bohong kalau saya kata saya tidak tahu isu itu. Saya memang dapat beberapa surat mengenai kelulusan balak ini, yang tular itu saya dapat,” katanya.
“Saya tidak terlibat soal balak ini, saya juga tidak tahu bagaimana keputusan itu dibuat,” tambahnya.
Beliau yang juga memegang portfolio sains, teknologi hijau dan penerangan itu tidak menolak aktiviti pembalakan akan mengubah corak persekitaran.
“Bukan sahaja pembalakan tetapi perlombongan, pasir dan sebagainya perlu pengawalan ketat,” katanya.
Sementara itu, seorang pemimpin kerajaan negeri difahamkan memang ada kelulusan baru dikeluarkan selepas kerajaan Pakatan Harapan terbentuk pada Mei 2018.
Beliau enggan namanya didedahkan untuk laporan ini.
“Tapi saya tidak pasti bagaimana perkiraannya dan bagaimana ia ditentukan. Yang pasti, isu ini ada konflik,” katanya tanpa penjelasan lanjut.
Beliau memaklumkan kelulusan balak, serta sumber asli, perkayuan, perlombongan, syarikat melibatkan syarikat berkaitan kerajaan dan kewangan bawah bidang kuasa menteri besar Perak.
“Keputusan pembalakan juga bukan keputusan exco. Mungkin ada jawatankuasa kecil serta melibatkan beberapa exco,” katanya.
Beliau mendakwa ada pihak dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak bersetuju dengan kelulusan aktiviti pembalakan “tetapi tiada kuasa untuk menyekatnya”.
“Kalau lihat di Gerik, sepanjang jalan berpuluh lori balak keluar dari hutan bawa balak bagi tujuan komersial,” katanya.
Sementara itu, pejabat menteri besar ketika dihubungi berkata ia akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapatkan butiran penuh. – FMT
Komen Weblog Ibnu HasyimExco Perak yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar mendedahkan dia tidak tahu bagaimana pembalakan berdekatan penempatan Orang Asli di Gerik diluluskan. Betul atau pura-pura bengong? Yang jelas, itu tanda pimpinan kerajaannya yang bengong..

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments