#Informasi: Rogol &Pukul Dirancang Memaksa Uighur Me­ngaku Pengganas.

SEORANG lelaki Uighur berdiri di hadapan sebuah peta menunjukkan
SEORANG lelaki Uighur berdiri di hadapan sebuah peta menunjukkan wilayah Xinjiang yang mahu dikenali etnik itu sebagai Turkestan Timur. AGENSI


China pantau Uighur di seluruh dunia
STANBUL 2 Feb. - Ketika China berdepan kritikan berterusan berhubung layanan buruk mereka terhadap penduduk Islam di negara itu, timbul pendedahan baharu berkaitan bagaimana Beijing me­nempatkan perisik etnik Uighur di seluruh dunia.
Portal al-Jazeera baru-baru ini berjaya mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan daripada seorang perisik etnik Uighur yang direkrut oleh kerajaan China.

“Tugas saya adalah memberikan maklumat kepada pegawai China. Saya melaporkan semua yang dilakukan oleh mereka - apa mereka makan, minum, apa mereka buat secara sembunyi di rumah, sama ada melibatkan kawan-kawan atau saudara mara, saya berkongsi semuanya.
“Kamu boleh ditahan sekiranya menyimpan janggut atau mempunyai teks berbentuk keagamaan dalam telefon atau mungkin kamu belajar di luar negara atau membuat panggilan jarak jauh dengan seseorang di luar negara,” kata perisik berkenaan yang dikenali sebagai Yusuf Amat.

UIGHUR SEBAGAI PERISIK
Menariknya, Yusuf sendiri adalah daripada etnik Uighur. Dia terpaksa bersetuju menjadi perisik selepas pegawai China menahan serta menyeksa ibunya.
Dia mula menjadi perisik pada 2012 selepas diancam oleh China bahawa ibunya akan kekal dalam tahanan melainkan Yusuf setuju bekerja untuk mereka.

“Dari saya kecil lagi, saya beri­tahu pada diri saya bahawa saya akan melindungi ibu. Tetapi saya tidak melakukannya.
“Apabila mereka membawa saya melihat ibu saya, hati saya sedih,” ujarnya.

PERISIK CHINA DI SELURUH DUNIA
Tambah Yusuf, ‘pengurusnya’ juga mengarahkan dia menjalankan perisikan di luar negara sebagai sebahagian daripada rangkaian pemantauan global China.
Dari tahun 2012 hingga tahun lalu, Yusuf diarahkan untuk memantau komuniti Uighur di Afghanistan, Pakistan serta Turki.
Ujarnya, China mempunyai ramai pemberi maklumat di seluruh dunia.

“Saya dari pekan kecil, Karamay dan saya merupakan salah seorang yang bekerja di bawah pengurus saya. Terdapat berpuluh pekan kecil di seluruh Xinjiang, tidak termasuk bandar-bandar besar.
“Dan terdapat juga operasi antarabangsa. Jadi kamu boleh bayangkan berapa banyak mata-mata di luar sana,” jelasnya.

CHINA TUNJUK BELANG
Menurut Yusuf, China semakin berani di peringkat antarabangsa, sehinggakan Beijing menjalankan operasi menahan Uighur yang berada di luar negara.
Sekembalinya Yusuf ke China, ramai etnik Uighur ditahan di pusat ‘pendidikan semula’.
Kerajaan China bagaimanapun menafikan Uighur ditahan secara sewenang-wenangnya dan paksaan namun Beijing menyatakan pusat terbabit merupakan kemudahan latihan vokasional sukarela, dibangunkan bagi menyediakan latihan dari aspek pekerjaan serta menghapuskan pengaruh pelampau.
Yusuf berkata, China sememangnya menipu dan dia sendiri pernah ditahan selama setahun setengah selepas cuba memasuki Asia Barat.
Ketika Yusuf berada dalam tahanan itu, dia direkrut untuk menjadi perisik. Selepas dia bersetuju menjadi pemberi maklumat, Yusuf diberikan tugas untuk membersihkan pusat terbabit.

JADI MANGSA KEGANASAN SEKSUAL
Portal al-Jazeera sebelum ini pernah menemu bual berpuluh bekas tahanan di pusat tersebut. Ramai mengesahkan sama ada mereka pernah menyaksikan atau diri mereka sendiri diseksa dan didera di pusat itu.
Abduweli Ayup, seorang guru dan penulis, ditahan selama 15 bulan di tiga pusat tahanan di Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang.
Pada hari dia ditahan, Abduweli berkata, pegawai polis membawanya ke sel tahanan dan meliwat dirinya.

“Hari pertama adalah sangat teruk. Mereka membuka pakaian saya, menampar punggung saya dan kemudiannya meliwat saya, perbuatan dilakukan lebih daripada 20 lelaki,” katanya. 
Tambahnya, dia juga dipukul oleh banduan lain selama berbulan-bulan. Pengawal penjara enggan membantunya ketika Abduweli menjerit meminta pertolongan.
“Mereka mahu kamu diseksa seperti itu. Sekiranya kamu banyak diseksa, adalah mudah untuk kamu memberikan kerjasama ketika disoal siasat,” ujarnya lagi.

Jelas Abduweli, perbuatan rogol dan pukul adalah dirancang untuk memaksa dia me­ngaku adalah seorang anggota pengganas. – AGENSI

Ibnu Hasyim, semasa melawat pasar malam di Urumqi, Xinjiang atau Turkistan Timur, beberapa tahun lalu. 
Lihat suasana Islam di sana.. penduduk dan bangunannya.

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments