#Informasi: Pemandu Tawar Sek5 Kepada Penumpang, MyCar Pula..

Pemandu tawar seks kepada penumpang, MyCar buat laporan polis
Menurut Nur Atika, pihak MyCar telah mengambil tindakan tegas ke atas pemandu tersebut dengan menyenarai hitam akaun pemandu MyCar terbabit. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR : Pihak MyCar telah membuat laporan polis terhadap salah laku pemandunya yang tular di media sosial pada 27 Jan lalu yang dikatakan menawarkan khidmat sek5 kepada seorang penumpangnya.

Pegawai Bahagian Korporat dan Komunikasi MyCar, Nur Atika Mat Nor, ketika dihubungi Bernama, berkata laporan polis dibuat pada 28 Jan di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam.

"Laporan polis dibuat untuk membolehkan pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga nama baik MyCar dan memaklumkan kepada mangsa untuk membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.


"Pihak MyCar telah mengambil tindakan tegas ke atas pemandu tersebut dengan menyenarai hitam akaun pemandu MyCar terbabit," katanya.

Menurutnya, pihak MyCar sentiasa menitik beratkan segala aspek keselamatan penumpang dan juga keselamatan pemandu dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib ketika dihubungi Bernama, mengesahkan laporan itu.

"Setakat ini kami hanya terima laporan daripada pihak MyCar, laporan polis daripada mangsa belum lagi, kita akan siasat kes ini," katanya.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini. -- Bernama


PERHATIAN: 

Kalau kepada pengomen-pengomen 'kacang merah' anti Islam, kita tak layan. Kerana,


1.tiada hujah atau hujah bodoh
2.memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
3.menghina Islam mungkin dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
4.penulisan penuh emosiaonal
5.lucah, mencarut dan biadab.


-Dari Editor.

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments