Gambar hiasan....
BATU PAHAT: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) Batu Pahat mencekup lima pasangan kekasih dalam Operasi Cegah Maksiat sempena cuti Tahun Baharu Cina di sini, awal pagi ini.
Kadi Daerah Batu Pahat, Muhammad Husni Tamrin Md Sharif berkata operasi yang turut disertai agensi-agensi penguatkuasaan lain dijalankan di beberapa buah hotel yang menjadi tempat pertemuan rahsia pasangan-pasangan berkenaan.
"Seorang daripada mereka (pasangan) merupakan lelaki dan wanita tempatan berusia 30an yang mengaku telah bertemu beberapa kali di hotel yang hanya berjarak kira-kira 500 meter dari rumah mereka.
Lelaki berkenaan belum berkahwin manakala pasangannya telah mendirikan rumah tangga beberapa tahun lalu dan mereka berbuat demikian bagi mengelak diketahui keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, semua pasangan yang ditangkap akan disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan kesalahan.
-- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas JAIJ! Cekup, jangan tak cekup, walau 'puak liberal' tak suka. Puak liberal itu ialah puak yang ingin bebas sesat, menyasar dari agama. Suatu bentuk puak murtad baru?
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
0 Comments