Menyampaikan lagu Di Matamu pada pentas AJL 33 semalam dan berjaya mendapat anugerah Persembahan Terbaik, prop serba puith yang dilihat seakan pelamin dengan hiasan bunga di pentas membuatkan ramai yang berkata ia nampak sama seperti pelamin sewaktu majlis pernikahan Elfira Loy.
Apakah niat Sufian dan benarkah beliau sengaja menyindir bekas tunangnya itu? Bagaimanapun, kata Sufian persembahan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan beliau memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati. Jauh sekali untuk mempergunakan nama bekas tunangnya untuk meraih perhatian ataupun publisiti murahan.
Saya tidak cuba serang sesiapa. Mana-mana pihak yang terasa hati saya mohon maaf. Ini memang lagu sedih dan berkaitan dengan putus cinta. Bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami putus cinta, jadi saya cuba menyampaikan sebaik mungkin.
Saya jujurnya baru tengok pelamin itu pada sesi latihan. Mungkin bukan hobi saya untuk lihat pelamin orang lain. Apa-apa pun itu bukan niat saya. Saya letak chandelier itu sebagai melambangkan situasi saya yang terperangkap dan akhirnya bebas. Kain putih pula melambangkan permulaan baru dan pelamin itu elemen kejutan.
Dalam pada itu, Sufian juga mengucapkan terima kasih kepada Elfira yang mendoakan kemenangannya di AJL 33. Padanya, tiada apa perkara negatif dan menganggap niat Elfira adalah baik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments