#Hiburan: “Cukuplah Kukuh Tiang Agama” – Nadia Brian Kongsi Soal Jodoh, Tak Letak Kriteria Tinggi

Pelakon Nadia Brian ada berkongsi mengenai soal jodoh setelah perkahwinan kali pertamanya gagal di tengah jalan.

Memetik laporan Berita Harian, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi memaklumkan dia tidak terburu-buru mencari pasangan sebaliknya mendambakan pasangan yang baik.

Advertisement

Apa yang penting, lelaki itu haruslah mementingkan hal agama kerana dia sendiri ingin berubah menjadi insan yang lebih baik.

Apa yang penting adalah agama. Sebab saya mahu berubah ke arah yang lebih baik. Itulah impian saya. Saya tidaklah meletakkan kriteria yang tinggi, cukuplah kukuh tiang agama.

Dia dalam pada itu mengharapkan perkahwinan kedua kelak akan kekal sampai bila-bila dan memohon doa orang ramai.

Perkembangan terkini, Nadia memberitahu dia bakal membawa watak bergenre aksi sebagai ejen wanita dalam naskah drama terbaru kelak.

Saya mahu melakukan sesuatu yang berbeza dan menjayakan watak aksi adalah antara impian sebagai pelakon.

Jika saya mempamerkan lakonan yang baik dan seterusnya mungkin ada lagi.

Sekadar info, Nadia Brian pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai talak satu pada April 2021.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ain edruce
1 hour ago

"Berat Suami Dia Menanggung" - Ain Edruce Berjoget Depan Kamera, Reaksi Amirul Jadi Perhatian Netizen

The post “Cukuplah Kukuh Tiang Agama” – Nadia Brian Kongsi Soal Jodoh, Tak Letak Kriteria Tinggi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments