#Hiburan: “Anugerah Itu Ibarat Saja, Macam Tiada Apa-Apa” – Qistina Raisah Idam Trofi, Minta Jangan Hina Pelakon Yang Tak Menang Lagi

Pelakon remaja, Qistina Raisah mengakui dirinya memendam hasrat untuk menggenggam sebarang trofi sesebuah anugerah.

Namun begitu, dia bersikap terbuka dan percaya rezeki masih belum memihak padanya kerana masih ramai pelakon hebat lain yang turut menerima nasib yang sama.

Advertisement

Saya sangat teringin (anugerah) tapi ia bergantung pada rezeki. Ramai artis-artis hebat lain pun tak menang anugerah lagi.

Bagi saya anugerah itu ibarat sahaja. Macam tiada apa-apa, tapi kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki.

Dia dalam pada itu meminta agar rakan artis yang sudah menerima anugerah untuk tidak memandang rendah kepada mereka yang belum berjaya mencapai kejayaan itu.

Tapi jangan hina orang tiada anugerah. Semua orang ada perasaankan? Siapa dah menang tu rezeki dia. Tak kisahlah dah menang anugerah atau belum, tapi setiap kali berlakon kita masih kena belajar lagi.

Perkembangan terkini, Qistina memegang watak Marina dalam filem Rahsia dan digandingkan dengan pelakon hebat lain seperti Nabila Huda.

Filem Rahsia merupakan sebuah karya reboot bergenre seram yang diarahkan oleh Shamyl Othman dengan tajuk yang sama yang ditayangkan pada tahun 1987.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Intan Najuwa
2 hours ago

"The Vellfire Is Mine.." - Dituduh Guna Aset Kerajaan & Pakai Stiker 'KHAS', Intan Najuwa Bidas Kenyataan Individu

The post “Anugerah Itu Ibarat Saja, Macam Tiada Apa-Apa” – Qistina Raisah Idam Trofi, Minta Jangan Hina Pelakon Yang Tak Menang Lagi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments