#Hiburan: “Tutup Hati Kita Dulu..” – Dipersoal Tampil Seksi Depan Anak, Ini Respon ‘Deep’ Ezurin Khyra

Walaupun dibesarkan dengan adat yang konservatif, namun ada selebriti tempatan yang memilih untuk mengekspresikan diri mereka mengikut citarasa sendiri.

Sama seperti Ezurin Khyra yang merupakan ikon yang popular dalam kalangan penggemar fesyen tanah air. Sentiasa berpakaian seksi, wanita itu tidak kisah dengan tanggapan umum mengenai kehidupan mewah keluarganya.

Terbaru, seorang peminat telah bertanya Ezurin mengenai pemakaiannya yang mencolok mata di hadapan anak. Tidak berdalih, wanita itu memberikan jawapan buat persoalan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EZURIN KHYRA (@ezurinkhyra)

Advertisement

Katanya, seseorang itu tidak perlu berpura-pura di hadapan orang lain bagi tampil lebih baik. Dia mengakui bahawa hati yang tidak ‘ditutup’ dengan kejahatan, pastinya pakaian yang sempurna seperti menutup aurat tidak akan dapat menutup sifat sebenar seseorang itu.

Kita mesti ‘tutup’ hati kita dulu. Jangan bercakap buruk tentang seseorang, jangan menjadi orang munafik, jangan menyakiti orang lain, jangan mencuri, jangan melakukan kejahatan.

ezurin khyra seksi

Dalam pada itu, Ezurin meminta semua individu supaya memberikan fokus untuk memperbaiki diri sendiri dahulu sebelum mencari kesilapan orang lain.

Fokus pada kita menjadi lebih baik terlebih dahulu sebelum menunding jari pada orang lain. Apabila kita mempunyai hati yang suci, semuanya akan ‘terlindung.

Anda setuju tak dengan pendapat Ezurin?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tutup Hati Kita Dulu..” – Dipersoal Tampil Seksi Depan Anak, Ini Respon ‘Deep’ Ezurin Khyra first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments