#Hiburan: “Saya Mungkin Akan Muflis Kalau Ada Kekangan Membantut Aktiviti Seni Lagi” – Tony Eusoff

Sedia maklum, hampir dua tahun pandemik COVID-19 melanda negara, banyak sektor yang terkesan dan antaranya adalah industri seni serta hiburan tanah air. Baik cabang nyanyian mahupun lakonan semuanya terpaksa mencari jalan demi kelangsungan hidup.

Advertisement

Buat seorang anak seni, pelakon Tony Eusoff juga tidak terkecuali berdepan dengan masalah yang sama ketika musim pandemik ini.

Bayangkan hampir dua tahun tak jalani penggambaran disebabkan COVID-19, memang rindu nak bebas ke set lokasi dan berkarya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tony Eusoff (@tonyeusoff)

Dalam pada itu, pelakon itu tidak menafikan dirinya juga tempias dari segi kewangan dan turut berkata jika pandemik COVID-19 berlarutan, dia mungkin akan jatuh muflis.

Kalau berlaku lagi kekangan yang membantutkan aktiviti seni, saya sendiri tak tahu apa nasib saya. Mungkin saya jatuh muflis dan akan tukar kerjaya.

Tony Eusoff

Dalam pada itu, Tony memaklumkan, disebabkan tidak mahu terlalu lama terperap di rumah, dia mengambil kesempatan menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PPV KLCC) sejak Ogos lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Mungkin Akan Muflis Kalau Ada Kekangan Membantut Aktiviti Seni Lagi” – Tony Eusoff first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments