#Hiburan: Lama Tak Tayang Zoey Di IG, Zarina Anjoulie Kata Nak Lebih Hubungan Lebih ‘Private’

Semakin jelita nampaknya pelakon dan juga personaliti media sosial Zarina Anjoulie dari hari ke hari.

Bergelar selebriti, pastinya gerak-geri Zarina menjadi tumpuan namun bagi pelakon wanita ini, dia tidak berasa malu untuk berkongsi perkara sebenar seperti apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya untuk tampil cantik menawan.

Ujar Zarina, dia tidak menyifatkan perkara itu sebagai satu perkara yang mengaibkan atau memalukan dirinya.

Dia berkongsikan perkara tersebut di sebuah hantaran Instagram miliknya namun telah dipadam tidak lama kemudian.

Advertisement

Katanya lagi, dia melakukan pembedahan buang lemak di bahagian muka, perut serta lengan di samping menyuntik DNA Salmon di wajah.

Dalam pada itu, ada peminat sempat bertanyakan mengenai kekasih hati Zarina iaitu Zoey yang sudah lama tidak kelihatan dalam hantaran Instagram milik pelakon itu.

IG Zarina AnjoulieSumber : Instagram Zarina Anjoulie  

Jelas Zarina, untuk hubungan cintanya kali ini, dia lebih memilih untuk tidak terlalu menayang dan menikmatinya secara peribadi.

Terdahulu, hubungan akrab Zarina dan Zoey Rahman mula dihidu peminat apabila keduanya saling berkongsi foto mesra bersama-sama di media sosial.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Lama Tak Tayang Zoey Di IG, Zarina Anjoulie Kata Nak Lebih Hubungan Lebih ‘Private’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments