#Hiburan: “Doakan Suami Saya..” – Paras Oksigen Suami Eina Azman Menurun

Suami pelakon, Datin Eina Azman iaitu Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam, kerana paras oksigen semakin menurun akibat daripada jangkitan virus COVID-19.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman menerusi hantaran di Instagram, memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya itu supaya kembali sihat seperti sedia kala.

Doakan suami saya sebab oksigen suami saya semakin menurun sehingga perlu pakai bantuan oksigen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Dalam pada itu, Eina turut meninggalkan pesanan buat suami tercinta agar diberikan kesembuhan dengan segera dan pulang ke pangkuan dia serta anak-anak mereka.

Advertisement

Eina Azman dan suami

Terdahulu, pelakon The Maid ini ada memaklumkan bahawa dirinya, suami dan dua pembantu rumah disahkan positif COVID-19, namun kedua-dua anaknya iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini sudah berusia lima tahun tidak dijangkiti virus tersebut.

Semoga diberikan kesembuhan yang segera buat suami Eina.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Doakan Suami Saya..” – Paras Oksigen Suami Eina Azman Menurun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments