#Hiburan: ‘Bella Ciao’ Versi Mendayu Dan Gemalai, Yuna Beri Nafas Baru Runut Bunyi Drama Money Heist

Pastinya anda sedia maklum dengan lagu berjudul Bella Ciao yang menjadi siulan peminat drama popular daripada Sepanyol, Money Heist.

Sering menjadi perhatian, penyanyi terkenal Yuna khabarnya memberi nafas baru terhadap lagu Bella Ciao dengan susunan muzik yang lebih lemah gemalai dan mendayu.

Difahamkan juga, lagu tersebut juga diiringi pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO)!

Sehubungan dengan itu, lagu yang diadun cukup indah itu telah pun dimuat naik di Instagram rasmi platform penstriman Netflix Malaysia sempena musim baharu siri drama kegilaan dunia itu.

Meninjau ruangan komen, reaksi peminat nampaknya teruja dan memuji nyanyian Yuna di mana ada yang menganggap saduran lagu Bella Ciao versi Yuna lebih meremangkan bulu roma.

Terdahulu, siri drama Money Heist telahpun memasuki musim kelima dan pastinya menjadi penantian drama tersebut.

Money Heist mengisahkan strategi rompakan besar-besaran yang dibintangi pelakon Sepanyol seperti Alvaro Morte, Ursula Corbero, Miguel Herran dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post ‘Bella Ciao’ Versi Mendayu Dan Gemalai, Yuna Beri Nafas Baru Runut Bunyi Drama Money Heist first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments