#Hiburan: Tinggal Kondo Mewah Kerana Ingin Hidup Bersama Mentua, Niena Baharun Akui Lebih Bahagia

Pelakon Datin Niena Baharun khabarnya kini selesa dan gembira apabila dapat tinggal serumah dengan mentua berbanding tinggal hidup berempat di kondominum mewah.

Ujar Niena, dia telah tinggal bersama keluarga suaminya itu sejak berkahwin pada tahun 2018 yang lalu.

Advertisement

Meskipun mempunyai kediaman sendiri bersama suami, namun bagi pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini, hidup bersama mentua lebih menggembirakan.

Cerita Niena, ketika sedang hamil anak pertama dia sudah bersama keluarga mentua sehinggalah bersalin pada Oktober 2019. Tambahan jarak rumah yang tidak jauh hanyalah 5 KM itu membuatkan dia sering pulang ke rumah keluarganya itu.

Niena terdahulu ada berkongsika pengalamannya tinggal di rumah mentua sehingga memperoleh anak kedua bagi menjawab pertanyaan peminat di Instagram.

“Mereka ajak duduk sekali, memudahkan sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Sebab masa itu sudah ada ura-ura nak PKP, tak tahu lagi situasi itu macam mana. Rumah kami jenis kondo manakala rumah mentua jenis landed house. Faham je la duduk rumah bertingkat tinggi ni rasa macam terkurung sediki tambahan ada anak yang tengah membesar ini.”

Jelasnya lagi, apabila sudah terbiasa duduk beramai-ramai maka terasa bosan pula apabila tinggal berempat di rumah sendiri.

Sekadar info, Niena telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 bertempat di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kota Bahru, Kelantan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adiel Mikael,3, dan Alyssa Marissa yang kini berusia 2 tahun.

BACA: (TAHNIAH) PelakoN Niena Baharun Timan Cahaya Mata Kedua Perempuan

The post Tinggal Kondo Mewah Kerana Ingin Hidup Bersama Mentua, Niena Baharun Akui Lebih Bahagia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments