Pelakon Jaja Iliyes mengakui dirinya sedikit ‘cuak’ dan gementar apabila pertama kali bergandingan dengan ratu air mata iaitu pelakon Wan Maimunh dalam filem terbaru bertajuk Petaka.
Menurut Jaja, pengalaman itu ternyata memberinya satu pelajaran baharu dan karier seninya. Dia pada mulanya berasa takut apabila dimaklumkan akan berlakon dengan Wan Maimunah yang dianggapnya sebagai seorang dramatis yang cukup hebat.
“Banyak babak antara kami berdua bermain dengan emosi. Masa mula-mula saya dapat tahun kena berlakon dengan dia, sejujurnya saya takut. Sebab saya tahu level lakonan dia.. macam mana mudahnya dia bawa watak air mata. Saya masih baru dalam industri, tiba-tiba dapat bergandingan dengan dia.”
Kata pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini, dia ingin memastikan dirinya tidak ‘tenggelam’ apabila bergandingan dengan seniwati itu dan bersyukur kerana pelakon yang mesra disapa sebagai ibu itu banyak memberikan ilmu tentang lakonan kepadanya.
Jaja atau nama sebenarnya Siti Hajar Iliyes ini ditemui ketika sesi pra tonton filem Petaka di Knack Knack Studio, Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini. Filem tersebut turut menampilkan pelakon hebat seperti Azman Ahmad, Nabila Huda, PU Azman dan Coki serta bakal ditayangkan menerusi siaran Astro First pada bulan Disember nanti.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments