Menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram miliknya, ibu kepada pengacara dan usahawan terkemuka tanah air Neelofa iaitu Noorkartini tampil berkongsi luahan perasaan indahnya sewaktu hamilkan bakal isteri pendakwah PU Riz.
Dedahnya, beliau berasakan sesuatu yang luar biasa sepanjang tempoh mengandungkan Neelofa.
“Ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa. Perjalanan 9 bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletah mu, wahai anak ku. Kau tetap anak kecil di mata ku, yang tak jemu aku membelai dan mencium mu, kau lah cinta hatiku @neelofa.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak terlepas menzahirkan ucapan tahniah kepada Noorkartini kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan tinggi nilai agamanya.
Beberapa hari lalu, kecoh di pelusuk media sosial apabila Neelofa khabarnya sudah dirisik PU Riz dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di kediaman keluarganya.
Rentetan kejadian, Noorkartini dilihat membuat perkongsian di Instagramnya seperti mahu menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya dengan pendakwah tersebut.
“Bismillahirrohmannirohim, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, syukur pada mu Ya Rabb, saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku. Aku yakin dengan ketentuanmu yang mana insan ini dapat membahagiakanya, menyerikan dan yang akan melengkapi hidupnya, yang akan menyokongnya setiap apa utusannya.”
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments