#Hiburan: “Tetap Berdiri Di Belakang Kerana Dia Masih Syurga Saya” – Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana,35, tampil mengulas mengenai perihal rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof.

Menurut Puteri Sarah, tiada sebab untuk dia keluar daripada rumah dan duduk berasingan jika masalah yang paling ‘ditakuti’ setiap pasangan suami isteri tidak terjadi.

Namun begitu, Puteri Sarah atau lebih mesra disapa sebagai Sarah enggan mengulas lanjut mengenai masalah sebenar yang dihadapi antara mereka berdua.

“Dia (Syamsul) tahu sebab apa saya keluar rumah dan dia juga tahu sebab apa saya ‘dingin’. Dalam perkara ini, saya tidak mahu dianggap punca terhadap apa yang berlaku sekarang. Tentu saja sebagai lelaki, suami dan ketua rumah tangga, dia perlu bertanggungjawab atas semuanya. Itu yang saya harapkan,”

Ketika ditanyakan adakah kehadiran orang ketiga dan soal curang menjadi punca perbalahan, Sarah juga enggan memberikan sebarang komen.

View this post on Instagram

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Namun bagi Sarah, dia beranggapan bahawa tiada siapa yang inginkan perpisahan dalam rumah tangga yang dibina. Meskipun apa yang terjadi kini, dia mengakui masih menyayangi perkahwinan mereka yang dibina sejak enam tahun yang lalu itu.

“Tiada siapa mahukan masalah dan perpisahan. Saya tetap berdiri di belakang dan menyayangi dirinya sebab dia adalah syurga saya.” – Puteri Sarah Liyana

Sumber : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments