#Hiburan: “Benar Dia Suka Mengusik Tapi..” Terkena Tempias Kes Da’i Syed, Joy Revfa Minta Mangsa Buat Laporan Polis Jika Ada

Pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Da’i Syed, usahawan kosmetik Joy Revfa telah menerima tempias berhubung kontroversi yang dikaitkan dengan pendakwah bebas itu.

Menurut Joy, dia telah menerima banyak mesej di laman sosial miliknya yang bertanyakan mengenai kesahihan dakwaan pendakwah itu melakukan perbuatan terkutuk itu.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin berkata, memang benar Da’i Syed suka mengusik dan kelihatan nakal namun dia tidak pernah berkelakuan tidak senonoh terhadap wanita.

“Sejak isu itu menjadi tular, saya terima banyak DM dan ramai netizen yang tag nama saya ruangan komen berita berkaitan Da’i Syed. Sebenarnya, Da’i Syed ini memang nampak nakal dan suka mengusik walaupun dia seorang pendakwah. Tapi sepanjang berkawan dengan dia, tak pernah lagi dia aniaya perempuan. Dia juga menghormati saya sebagai seorang kakak,”

Joy dilihat telah berkongsikan pendapatnya itu menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Mengimbas kembali, pada sekitar Mei tahun lalu, Joy pernah berkongsikan fotonya bersama Syed sehinggakan menimbulkan spekulasi bahawa mereka sedang berkasih. Namun, pendakwah muda itu tampil menafikan dan hanya menganggap Joy sebagai seorang kakak.

Dalam pada itu, Joy turut menyatakan bahawa setiap tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan kepada Da’i Syed sebagai sesuatu yang serius. Dia turut berharap semua pihak yang terlibat dapat tampil membuat laporan kepada pihak yang sepatutnya jika benar-benar berlaku.

“Bagi saya tuduhan yang dibuat itu berat dan serius. Tapi sekiranya dakwaan itu benar, mohon mangsa yang terlibat itu tampilkan diri supaya kedua-dua pihak tak teraniaya. Daripada apa yang saya baca dan faham, individu yang membuat dakwaan itu bukan mangsa.” – Joy Revfa

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments