#Hiburan: (TAHNIAH) Hamil 4 Bulan, Ain Edruce Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

Persoalan ramai mengenai pelakon Ain Edruce yang dikatakan hamil akhirnya terjawab apabila wanita itu mengesahkan sendiri khabar berita tersebut menerusi laman YouTube rasminya.

Meskipun ada ura-ura mengenai hal tersebut, Ain menjelaskan bahawa dia bukannya mahu merahsiakan hal itu daripada peminat namun memilih masa yang sesuai untuk mendedahkannya.

“Yes… saya mengandung! Alhamdulillah… saya mengandung. Sebelum ini saya tak nak cakap apa-apa sebab terlalu awal. Sekarang dah boleh kongsikan.”

ain edruce hamil

Malah pelakon dan pengacara popular itu tidak segan untuk berkongsi momen pertama menyedari bahawa dia sedang berbadan dua.

“Macam mana saya tahu boleh mengandung… ada satu hari itu, saya terfikir dah masuk bulan, sepatutnya saya dah datang period tapi tak ada, hari kedua dan ketiga pun tak ada. Saya tak pernah lambat, selalu on time. Jadi, saya pergi beli pregancy test seorang diri dan keputusannya saya hamil.”

Ain turut mendedahkan reaksi suaminya, Amirul Hafiz apabila dikejutkan dengan berita menggembirakan itu. Walaupun nampak tak percaya, tetapi terserlah keterujaan lelaki itu yang tidak sabar bakal menjadi bapa buat pertama kalinya.

ain edruce hamil

Usia kandungan sudah pun mencecah 4 bulan, Ain menjelaskan bahawa dia terpaksa membatalkan segala aktiviti lasak yang dirancang ketika bercuti di Langkawi.

Tambahnya lagi, meskipun 2020 sukar untuk seluruh dunia dek pandemik COVID-19 namun ia adalah tahun yang paling bermakna buatnya.

“Kadang-kadang terfikir 2020 banyak sangat benda terjadi, ada yang sukar cari kerja dan rezeki kurang. Tapi untuk saya, 2020 ini sangat bermakna memberi kenangan yang tidak boleh dilupakan.”

Rata-rata peminat nampaknya turut gembira dengan perkhabaran itu dan mendoakan agar Ain menjalani proses kehamilan yang lancar.

Tahniah sekali lagi buat Ain Edruce dan suami!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments