Selepas tindakan seorang netizen mendakwa beliau merogol seorang gadis, pendakwah bebas Da’i Syed tampil membuat laporan polis.
Menurut sumber daripada Media Hiburan, laporan yang dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 5.45 petang tadi itu bertujuan untuk membersihkan kembali nama baiknya selepas individu terbabit mendakwa rakannya mengalami trauma selepas dirogol Syed.
Salam . Maaf, ?? tiada komen apa-apa dari saya. pic.twitter.com/6ApjMltbkD
— Dai syed (@DaiSyed_) November 24, 2020
Ujar Syed lagi, laporan polis itu juga adalah untuk melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas sedemikian rupa.
“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah. Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya.”
Tambahnya lagi, beliau juga berharap agar segalanya dapat diselesaikan dalam kadar segera.
“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga. Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam.”
Dalam perkembangan lain, akaun yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut telah dinyah aktif daripada laman Twitter.
Untuk rekod, Da’i Syed merupakan peserta program Da’i musim ke-4 pada tahun 2016.
Sumber: Media Hiburan
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments