Penyanyi Andi Bernadee baru-baru ini dilihat telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada malam tadi.
Dia yang berkongsikan video sambutan hari lahirnya itu di Instagram dilihat telah ‘disambut’ dengan balingan satu plastik tepung gandum yang dituang ke seluruh tubuhnya. Perbuatan secara tiba-tiba itu menyebabkan Andi tidak dapat mengelak daripada menepis gurauan rakan-rakannya itu.
Sambutan secara suka-suka itu telah dirancang oleh rakan-rakan Andi yang kemudiannya ketawa kerana melihatkan reaksi penyanyi itu yang terkejut.
View this post on Instagram
Namun lain pula reaksi peminat dan pengikut Andi apabila ada yang menganggap tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan membazir semata-mata.
Ada juga yang mengatakan bahawa Andi dan rakan-rakan tidak bersyukur dan tidak peka dengan ekonomi yang kurang baik gara-gara pandemik yang melanda negara pada ketika ini.
Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Bin Andi Mapangile merupakan seorang anak kelahiran Kota Kinabalu dan dilahirkan pada 30 November 1991.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments