Pelakon cantik, Anzalna Nasir dilaporkan telah memborong kesemua jualan nasi lemak yang dijual warga OKU, semalam.
Dia yang membeli 30 bungkus nasi lemak itu sebelum ini telah memuat naik status Instagram di mana dia meluahkankan rasa prihatin terhadap kegigihan lelaki itu mencari duit meskipun berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).
Ibu kepada seorang anak itu turut memesan kepada mereka di luar sana yang mengetahui mengenai maklumat serta nombor telefon lelaki itu supaya menyalurkan info tersebut kepada dirinya.
View this post on Instagram
Tidak lama selepas berkongsikan hantaran tersebut, seorang pengguna Instagram telah tampil memberitahu perincian mengenai lelaki itu.
Difahamkan lelaki tersebut dikenali sebagai Dek Mat Nasi Lemak dan telah menjalankan perniagaan Nasi Lemak Bujang Dek Mat bertempat di Amber Business Plaza, Cheras, Kuala Lumpur yang berdekatan dengan kedai serbaneka 7-Eleven LRT Cheras.
Peniaga OKU tersebut bernama Muhammad Nor, berusia 28 tahun dan telah dilahirkan tanpa anggota tangan. Dia hidup sendirian dengan menyewa sebuah bilik di tingkat atas rumah kedai berdekatan dengan LRT Cheras.
Sekadar info, sebarang tempahan nasi lemak daripada Dek Mat boleh terus menghubungi talian 017-2640799 ataupun melalui Facebook Dekk’s Mat.
Sumber : Kosmo Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments