#Hiburan: Kekal Sihat Pada Usia 71 Tahun, AR Badul Kongsi Tips,-“Saya Tak Simpan Dendam Dan Sentiasa Berfikiran Positif”

Pelakon  dan pelawak, AR Badul telah berkongsikan rahsia kekal sihat meskipun umurnya kini menginjak 71 tahun.

Menurut AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, dia mengamalkan pemikiran positif dan sama sekali tidak menyimpan dendam meskipun namanya pernah dikaitkan dengan dakwaan sudah meninggal dunia bukan sekali, tapi beberapa kali sepanjang hidupnya.

Menganggap perbuatan itu di luar kawalan dirinya,  namun ada juga perasaan kesal terbit di lubuk sanubari di atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu kerana baginya, kematian adalah soal yang tidak boleh dipersenda sama sekali.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara palsu yang pernah melingkari hidupnya.

“Kesihatan saya baik sehingga hari ini disebabkan sentiasa berfikir perkara yang baik. Alhamdullilah, saya masih sihat biarpun sudah berumur 71 tah. Saya pegang cakap orang tua, orang baik akan sentiasa sihat. Insya-Allah. Syukur, saya masih bernyawa dan bernafas.”

AR Badul telah ditemui media baru-baru ini ketika Program Ziarah FINAS Prihatin 2.0 anjuran perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat kerana terpilih sebagai penerima sumbangan.

Perkembangan terkini, AR Badul kini dalam perancangan dalam menghasilkan filem komedi berjudul Jembalang Bangkit. Namun, perancangan terpaksa ditunda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan kini.

Sumber : Berita Harian


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments