#Hiburan: Tak Dapat Beraksi Di Pentas SFMM35, Nabila Razali Akui Menangis Selama Dua Hari

Kecewa tidak dapat mendendangkan lagu Peluang Kedua di pentas separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35), penyanyi berbakat besar Nabila Razali akui kecewa sehingga menangis selama dua hari mengenangkan perkara tersebut.

Nabila razali sfmm35

Kata Nabila, beliau sudah lama berhajat untuk mempertaruhkan bakat nyanyiannya di pertandingan besar, namun sehingga kini masih belum temui rezeki untuk berada pada tahap tersebut.

Bagaimanapun, Nabila yang sentiasa dikecam bersuara sumbang oleh netizen itu tetap percaya bahawa masih ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

Nabila razali sfmm35

“Saya sedih tak dapat nyanyi lagu sendiri. Sebab saya tunggu dari lagu Pematah Hati lagi, tapi tidak ada rezeki. Apabila lagu Peluang Kedua dapat ke SFMM 35, dapat tahu pula saya tak boleh nyanyi. Tentu saja saya sedih. Dua hari saya nangis. Memang ‘broken heart’. Saya percaya semua ini ada hikmah. Mungkin tak nampak sekarang. Lagi pula proses ini panjang yang mana membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya.”

Nabila razali sfmm35

Ujar Nabila, keputusan tersebut terpaksa diputuskan bagi menjaga hati peminat agar tidak menghampakan mereka.

“Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian.”

Nabila razali sfmm35

Dedahnya lagi, ia dilakukan bukanlah disebabkan gimik semata-mata, namun memang benar dirinya berdepan dengan  masalah kesihatan.

“Sebab keadaan sekarang bukan main-main atau gimik. Ini memang membabitkan kesihatan saya. Kalau saya bagi kata-kata orang itu sebaliknya apa yang saya kena buat, mungkin perkara ini akan merosakkan kesihatan sendiri. Kalau betul orang cakap saya takut dan kena buat persembahan juga, bayangkan kalau saya buat juga dan itu malam terakhir boleh nyanyi, sedih untuk saya tapi ada orang lain yang seronok. Ini adalah punca pendapatan saya. Jadi saya fikir keadaan sekarang sebelum ia lebih teruk.”

Untuk rekod, Nabila mahupun pihak pengurusannya sehingga kini masih merahsiakan siapakah yang bakal menggantikan dirinya di pentas SFMM 35 nanti.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments