Terbabit dalam kemalangan kecil di lebuh raya PLUS, Isteri kepada penyanyi Sufie Rashid, iaitu Nurulain tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang yang menyatakan suaminya bertindak memandu laju.
Nurulain juga memaklumkan kejadian itu berlaku ketika pasangan ini dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur pada Ahad malam.
“Orang anggap kitorang speeding sebab tu tayar pecah tapi bukan sebab speeding. Tayar pecah selepas 15 minit keluar tol Kulai. Dan Sufi tak speed pun, lagipun hujan semalam. Benda ni jadi cepat gila, masa dengar bunyi tayar pecah tu, kereta dah bergegar dah.”
Katanya lagi, beliau juga tidak terlepas menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan mereka.
“Sufi cuba untuk pergi kiri. Tayar pecah belah kanan depan, jadi Sufi struggle untuk tahan steering ke kiri. Kalau tak kuat nak tahan ke kiri, taktahu nak jadi apa. So stop assuming! Kami membeli kereta ini sebulan yang lalu ada kemungkinan tayar ni tamat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.”
Untuk rekod, pasangan ini tampil memaklumkan kepada umum bahawa kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang masalah.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments