Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, iaitu Cik B mengaku dirinya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baru, Aniq Suhair seperti yang telah tular di media sosial baru-baru ini.
Aniq,20, dan Cik B yang kini baru berusia 15 tahun sebelum ini telah bergandingan berlakon dalam sebuah drama berjudul Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production sebagai pasangan kekasih.
Kemudian, timbul pula andaian daripada netizen yang mereka berdua sedang dilamun cinta apabila kedua-duanya berkongsikan gambar serta video mesra di Instagram dan Twitter.
Namun begitu, Cik B berkata dirinya sedar diri dan berpijak di bumi nyata apabila dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.
View this post on Instagram
“Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik.Jujrunya saya sudah terbiasa dengan kecaman sejak dulu lagi. Sebelum ini wajah dan warna kulit saya dipersendakan. Inikan pula digosipkan dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq. Saya sedar diri ni, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Netizen kecam saya feeling dan tergedik-gedidk mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.”
Dia juga sedar bahawa dirinya masih muda meskipun memang fitrah manusia memerlukan pasangan hidup. Tapi menyentuh soal umur, Cik B akui dirinya masih mentah.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Cik B kini mengakui dirinya sudah berminat untuk berlakon setelah melibatkan diri dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta bersama pelakon lain seperti Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi. Dia juga kini tidak segan untuk menonjolkan bakat lakonan jika diberikan peluang untuk berlakon lagi pada masa hadapan.
Sumber : Berita Harian
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments