Sering mendapat komen-komen berbaur negatif dan lucah yang ditulis pengguna Instagram, pelakon sensasi Reen Rahim tampil membalas segala komen tersebut menerusi sebuah posting yang dimuat naik olehnya tempoh hari.
Kata Reen, tindakannya itu dilakukan demi memberikan pengajaran kepada individu tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial.
Menurut laporan Gempak, beliau yang mengakui artis juga seorang manusia biasa itu dilihat berani membalas komen-komen tersebut dan langsung tidak menyekat akaun berkenaan.
Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi beberapa posting yang di muat naik di Insta Story miliknya.
“Penatlah nak block orang bebal ni. Selalunya aku abaikan dan block tapi hari ni macam naklah layan, nak rasa jadi bebal seronok tak. Tapi maaflah kasar bro. Artis pun manusia, reti maki juga, cuma kena ikut mood.”
Dalam pada itu, Reen juga difahamkan sempat memuat naik tangkap layar komen-komen biadab pengguna media sosial yang menulis komen berbaur lucah pada gambar-gambarnya.
Bagaimanapun, beliau dikatakan tidak terlepas menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminatnya yang tidak putus-putus menasihatinya agar terus bersabar dan tidak melayan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments