Sehingga kini, Ustaz Ebit Lew masih tidak henti-henti berkongsi kisah murni yang dilakukannya kepada umum sehingga beliau dilihat tampil menyediakan penginapan secara percuma di sebuah hotel 4 bintang buat waris pesakit dari luar bandar yang datang ke Kuala Lulur untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurutnya, penginapan serba mewah yang terletak di Hotel Premiera KL itu akan diberikan buat individu yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa serta agama.
Khabar baik itu dikongsi sendiri oleh Ebit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya tempoh hari.
“Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kuala Lumpur untuk dapatkan rawatan IJN dan HKL. Kepada yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Penginapan di Hotel Premiera KL. Jika sesiapa benar memerlukan boleh hubungi 01170772380.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya amat kagum dengan sifat dermawan yang ada dalam dirinya.
Hal ini demikian kerana, Ebit kini dianggap sebagai individu yang sentiasa bermurah hati dan tidak berkira dalam menghulurkan bantuan kepada individu yang memerlukan.
Bahkan, beliau juga sentiasa disegani masyarakat kerana tidak leka dalam membantu serta memudahkan sesiapa yang berada dalam kesusahan.
Untuk rekod, hingga saat ini, Ebit amat popular dengan jolokan individu yang murah hati kerana sentiasa menderma dan membantu rakyat Malaysia tidak kira dari segi kewangan mahupun keperluan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments